Logo UUM

Logo UUM
logo UUM

Sunday, 31 July 2011

Kelebihan solat terawih

Assalamualaikum..
Di sini terdapat beberapa kelebihan solat sunat terawih:-
 
Malam 1 - dibersihkan daripada segala dosa sebagaimana baru dilahirkan.
Malam 2 - diampunkan dosa orang yang bersolat dan dosa kedua-dua ibu bapanya.
Malam 3 - berseru malaikat dibawah Arasy,supaya kami meneruskan tarawih berikutnya,semoga diampuni Allah segala dosa .
Malam 4 - diberi pahala sebahagian pahala orang yang membaca kitab Taurat dan Injil,Zabur,dan Al-quran.
Malam 5 - dikurniakan pahala seumpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram,Masjid An-Nabawi dan Masjid Aqsa.
Malam 6 - Allah mengurniakan pahala 70 malaikat yang bertawaf di Baitullah serta setiap batu dan tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa orang yang bersolat tarawih pada malam itu.
Malam 7 - seolah-olah bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolongnya mnghapuskan musuhnya iaitu Firaun dan Haman.
Malam 8 - dikurniakan pahala sebagaimana pahala Nabi Ibrahim a.s.
Malam 9 - seolah-olah menyembah Allah sebagaimana para nabi menyembah Allah.
Malam 10 - Allah mngurniakan kebaikan di dunia dan akhirat.
Malam 11 - keluar daripada dunia kematian dalam keadaan bersih sebagaimana dilahirkan.
Malam 12 - didatangkan pada Hari Kiamat dalam keadaan mukanya bercahaya.
Malam 13 - dia datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman daripada kejahatan dan keburukan.
Malam 14 - datang malaikat  menyaksikan ia solat serta tidak disesatkan pada Hari Kiamat.
Malam 15 - semua malaikat yang menanggung Arasy berselawat dan berdoa untuknya.
Malam 16 - Allah tuliskan baginya pelepasan daripada neraka dan dimsukkan ke syurga .
Malam 17 - diberi pahala nabi-nabi.
Malam 18 - dianugerahkan keredhaan Allah ke atas dirinya dan kedua-dua ibu bapanya yang hidup atau mati.
Malam 19 - Allah meninggikan darjatnya dalam syurga Firdaus.
Malam 20 - dikurniakan pahala sekalian syuhada' (orang yang mati syahid) dan para solihin.
Malam 21 - dibinakan sebuah istana di syurga daripada nur(cahaya).
Malam 22 - datang pada Hari Kiamat dalam keadaan aman dari kerisauan dan kebimbangan.
Malam 23 - Allah membina sebuah bandar di syurga.
Malam 24 - Allah memberi peluang 24 doa yang mustajab.
Malam 25 - Allah mengangkatnya daripada seksa kubur.
Malam 26 - Allah memberi pahala ibadah selama 40 tahun.
Malam 27 - Melintas di atas hari kiamat seperti kilat yang menyambar.
Malam 28 - Allah mengangkat darjatnya seribu darjat di akhirat.
Malam 29 - Allah mengurniakan pahala seribu kali haji yang mambrur.
Malam 30 - Allah berfirman "hai hamba-Ku,makanlah segala jenis buah yang kamu hendak makan di syurga dan mandilah engkau dari air syurga bernama "Salsabil" dan minumlah air daripada telaga brnama "Kauthar".

Sekian sampai sini sahaja yang dapat saya kongsikan dengan semua.
Assalamualaikum.....selamat berpuasa !!!

No comments:

Post a Comment